Thursday, September 30, 2010

Semakan temuduga GST (2-6 Ogos 2010)

Alhamdulillah....syukur padaMu ya Allah.. Smalam..dlm kul 7 suku pm, Yana mesej gtau

'da, buka laman web kpm, check untuk intvw aritu'

Dalam hati nervous sgt2..aku berjaya ke tak ni..punyala risau.. sampai tak leh fikir..Aku ty Yana..

'Nama aku xde ke?'

Trus yana kol, dia pun xley nak buka laman web KPM lagi..aku pun dengan perasaan sedikit bertenang, ambil laptop, capai bboand..dlm hati..cepatla cepatla..xsabar da ni..takut...
Last2..bila buka..alhamdulillah..BERJAYA.. Syukur padaMu ya Allah.. Kegembiraan aku ni berlipat ganda apabila kwan2 yg aku pun berjaya---> Yana, Cmast, Muni, Masni, Nita dll :) termasuklah Encik Azim :)
Cuma sekarang ni..kena tunggu penempatan posting lak.. Aritu aku ada dengar la..dr sumber2 terdekat, dr JPN, pegawai diorang bgtau..pengambilan guru ni akan dibuat secara berperingkat..ye ke?? Yang ni buat aku jadi risau lak.. Yang akan membezakan kami semua sama ada cepat atau lambat kami posting.. Mungkin pengambilan pertama ni pada bulan 11. Tapi xtahu la kan..sbb ni seme kejoaan KPM. hehehe. Xpe, sekarang ni aku perlu berdoa dan bertawakkal.. Everything happens 4 a gud reason! yeah :)

Ni link untuk semak berjaya @ tak inteview aritu

Semakan Keputusan Temuduga GSThttp://apps.emoe.gov.my/egst/keptdugaogos10/

Wednesday, September 29, 2010

Konvo...oh konvo..

Insyaallah 16hb Oktober 2010, aku dan semua graduan pendidikan Sains, UPSI akan kembali ke Upsi untuk menghadiri majlis konvokesyen kami.. Agak lama tak berjumpa dengan member2 lama..i miss U guys!
5 hb ni, aku kena p Tanjong Malim plak..sebabnya?? Pegi ambil jubah untuk konvokesyen.. Mula2 rasa nak kirim je kat sesape yg sudi menolong..pastu rasa cam susah je.. Last2 aku decide aku nak pegi ambil jubah tu sendiri.. Aku nek bus ke Tanjong Malim, 4hb malam..sampai pagi tu..mandi2 umah Ida, then beratur untuk ambil jubah.. Pas siap je ambil jubah, aku nak berangkat terus ke KL..dgn cik abe (hehehe). Bukan ape, p KL pun sbb nak cari brg2 skit untuk konvo nnt..contohnya cam kasut dll :) Malam tu trus naik bus di Putra untuk balik ke Klate.. Agak penat la kot..tapi xpe la..berkorban sekali-sekala.. Lagipun da lama x tengok Tanjong Malim / UPSIku..
Arap2 dapat jubah yg ok dengan ketinggian aku..xmo la kalo terlalu labuh..aiyok! aku kan rendang je..hehehe..

p/s : tunggu akan kehadiranku ---> 5/10/10 ---> UPsi

I'm back again! :)

Assalamualaikum...

Kalau difikirkan..kira2 ikut hari jam minit saat seme..da hampir setahun aku xupdate aku nye blog.. Nape? Disebabkan terlalu bz..ye ke? hehe.. Actually..last year da hilang mood nak berblogging ni..kemudian ditimpa musibah lak..lagi la xmenyempat nak buka blog.. Pastu awal tahun 2010 plak aku praktikal kat SAMTSH, Klang..xde masa la nak layan blog.. Asyik ngan lesson plan je.. Kemudian abis praktikal, aku keje kontrak ngn Jabatan Perangkaan..start 1 Jun-31 Okt, menumpang Jabtan Penerangan, kalo ikutkan dalam surat tawaran. Tapi almaklum lah..bila tiba2 kena pegi Perkeso untuk buat semakan kualiti...argghh..jauhnya dr Pasir Mas nak ke sana..so aku decide..baik aku brenti..tolong mak kat umah kemas2 umah, blaja masak biar bg expert (hehehe). So arini, 30 September 2010, adalah ari last aku kat Pejabat.. Yay! Xyah dah keje sampai kul 5 pm.. Tapi sepanjang aku kerja kat sini n berpraktikal kat Klang...aku da banyak blaja perkara baru.. Macam2 la..insyaAllah laen kali akan diceritakan.. Ni pun aku rasa tetiba nak nulis2 dlm blog sbb nak tunggu kul 3 pm..nak balik umah..xsabarnya..huhu.. Ok lah nak makan kek batik mimi dulu..ok daa~~ tata

Thursday, August 20, 2009

Marhaban ya Ramadhan.....1430 H

Assalamualaikum w.b.r...

Alhamdulillah...ramadhan tiba lagi..terima kasih padaMu kerana menemukan aku dengan ramadhan kali ini....alhamdulillah...syukur...
Esok seluruh umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan... Ramadhan..ya..bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan....semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelum nya...
Bulan ramadhan menguji kekuatan dan kesabaran iman kita dalam menghadapi godaan-godaan Nya..cthnya..stop lah bergosip2 dll yg seumpanya...hehe...
Malam ni da bley smyg tarawih...dan seperti biasa kami di sini akan menunaikan solat terawih di surau Kampung Mogah...=)
Akhir kata...selamat berpuasa buat semua kawan2 dan seluruh umat Islam..
Semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kita..
Beramal lah sebaiknya di bulan ramadhan ini seolah2 ini ramadhan terakhir kita semua....



~~Selamat menyambut bulan Ramadhan~~


Sunday, August 16, 2009

- no word -

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik.....................

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah.................

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...




1 - 9 Ogos 2009

Disebabkan H1N1..cuti sem telah di awalkan dari 15 - 23 Ogos 2009 kepada 1- 9 August 2009. Sekarang ni pun da 17 Ogos..huhu da kembali ke UPSI. Harap2 lepas ni influenza A ni semakin terkawal. Diharapkan yang menjadi mangsa H1N1 semakin pulih. Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan dan ketabahan...amin....