Thursday, August 20, 2009

Marhaban ya Ramadhan.....1430 H

Assalamualaikum w.b.r...

Alhamdulillah...ramadhan tiba lagi..terima kasih padaMu kerana menemukan aku dengan ramadhan kali ini....alhamdulillah...syukur...
Esok seluruh umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan... Ramadhan..ya..bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan....semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelum nya...
Bulan ramadhan menguji kekuatan dan kesabaran iman kita dalam menghadapi godaan-godaan Nya..cthnya..stop lah bergosip2 dll yg seumpanya...hehe...
Malam ni da bley smyg tarawih...dan seperti biasa kami di sini akan menunaikan solat terawih di surau Kampung Mogah...=)
Akhir kata...selamat berpuasa buat semua kawan2 dan seluruh umat Islam..
Semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kita..
Beramal lah sebaiknya di bulan ramadhan ini seolah2 ini ramadhan terakhir kita semua....



~~Selamat menyambut bulan Ramadhan~~


Sunday, August 16, 2009

- no word -

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik.....................

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah.................

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...




1 - 9 Ogos 2009

Disebabkan H1N1..cuti sem telah di awalkan dari 15 - 23 Ogos 2009 kepada 1- 9 August 2009. Sekarang ni pun da 17 Ogos..huhu da kembali ke UPSI. Harap2 lepas ni influenza A ni semakin terkawal. Diharapkan yang menjadi mangsa H1N1 semakin pulih. Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan dan ketabahan...amin....

Tuesday, July 28, 2009

Wabak kah??

Pagi ni kami dikejutkan dgn satu berita...uPSi ditutup?? Kolej2 dikuarantin?? Hurm...ni seme disebabkan H1N1.. Kuliah juga ditangguhkn buat sementara waktu..bermula arini, Rabu ( 29.7.09)-Jumaat (31.7.09). Jika tiada sebarang kes dlm jangka masa tersebut, Upsi akan kembali seperti sediakala pada ari isnin ini.. Aku mohon agar kalian seme (yang disyaki H1N1) kembali sembuh seperti sediakala...moga2 tiada apa yang berlaku...amin...

Hurm...jadi nk share sikit pasal H1N1 a.k.a Influenza A ni...



1.Apakah tanda dan gejala influenza A(H1N1) pada manusia?

Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selsema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

2.Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A(H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1). Terdapatkes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat dikalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

3.Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A (H1N1)?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadanganPertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A(H1N1). Tidak juga diketahui samada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus InfluenzaA(H1N1) yang berlaku sekarang.

4.Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?

Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

5.Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia lain?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakitini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan(onset). Kanak-kanak terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

6.Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada sakit / dijangkiti/menjangkiti dengan mengambil lanngkah-langkah berikut :

Jika anda batuk atau bersin:
◦Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau saputangan
◦Buang tisu yang telah digunakan
◦Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
◦ Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun danair, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
◦ Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit .
◦ Jika anda sakit kerana selsema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan darimenyentuh mata, hidung atau mulut anda.
◦ Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selsema Babi.


Monday, July 27, 2009

Suka, Cinta dan Sayang


Di hadapan orang yang kau cintai,
musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah

Di hadapan orang yang kau sukai,
musim dingin tetap saja musim dingin hanya
suasananya lebih indah sedikit

Di hadapan orang yang kau cintai,
jantungmu tiba tiba berdebar lebih cepat

Di hadapan orang yang kau sukai,
kau hanya merasa senang dan gembira saja

Apabila engkau melihat kepada mata orang yang
kau cintai, matamu berkaca-kaca

Apabila engkau melihat kepada mata orang yang
kau sukai, engkau hanya tersenyum saja

Di hadapan orang yang kau cintai,
kata kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam

Di hadapan orang yang kau sukai,
kata kata hanya keluar dari pikiran saja

Jika orang yang kau cintai menangis,
engkaupun akan ikut menangis disisinya

Jika orang yang kau sukai menangis,
engkau hanya menghibur saja

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan
rasa suka dimulai dari telinga
Jadi jika kau mau berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga.

Tapi apabila kau mencoba menutup matamu dari
orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi
tetesan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam
jarak waktu yang cukup lama.

"Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta... ada
perasaan yang lebih mendalam.
Yaitu rasa sayang.... rasa yang tidak hilang
secepat rasa cinta. Rasa yang tidak mudah berubah.

Perasaan yang dapat membuat mu berkorban untuk orang yang kamu sayangi.
Mau menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi.

Cinta ingin memiliki. Tetapi Sayang hanya ingin
melihat orang yang disayanginya bahagia..
walaupun harus kehilangan."

Sunday, July 26, 2009

When U look me in the eyes

When You Look Me In The Eyes ~~


If the heart is always searching,
Can you ever find a home?
I've been looking for that someone,
I'll never make it on my own.
Dreams can't take the place of loving you,
There's gotta be a million reasons why it's true

When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.
When you look me in the eyes,
I catch a glimpse of heaven.
I find my paradise,
When you look me in the eyes.

How long will I be waiting,
To be with you again
Gonna tell you that I love you,
In the best way that I can.
I can't take a day without you here,
You're the light that makes my darkness disappear.

When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.

When you look me in the eyes,
I catch a glimpse of heaven.
I find my paradise,
When you look me in the eyes.
Movin on, I start to realize,
I can reach my tomorrow,
I can hold my head up high,
And it's all because you're by my side.

When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.
When I hold you in my arms,
I know that its forever.
I just gotta let you know,
I never wanna let you go.

When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.
When you look me in the eyes,
I catch a glimpse of heaven.
I find my paradise,
When you look me in the eyes.



Dis song is so sweet....
Ahmad Saiful Azim
Tenkiu 4 everythings....
truly madly deeply do....muachxx

Saturday, July 25, 2009

Bersolat, Doa Boleh Atasi Masalah Tekanan

Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui :
  • Bersabar dengan segala yang menimpa. " Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta larangan daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya." ( Luqman:17)

  • Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud :" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta." (Al-Ankabut : 2-3)

  • Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : " Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang mengugurkan daun-daunNya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

  • Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. "Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali." (al-Baqarah:156)

  • Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.

  • Ujian tanda Allah mencintai seseorang itu. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

  • Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.

  • Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari dari masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.

Friday, July 24, 2009

Lab..lab..lab???

Huuu..ari Jumaat adalah hari Lab sedunia..hehe. Xde la..arini pagi lab ptg pun lab..penat seyh... Dah le dua2 lab Kimia..pagi lab organik ptg lab kordinatan. Huaarrrrgghhhh..agak tension apabila terpaksa duk lama2 dlm lab.. Pg td lab organik buat refluxtion..yg dasatnya kami2 ni tpksa la menghidu gas2 nitrogen dioksida yg merbahaya itu..nape la Fume Cupboard kat UPSi ni kecik ngat?? Mana culup utk kami seme ni...huhu.. First time buat lab sampai 3 jam setengah.. Penat dowh..ye la terpaksa berdiri pegi mai pegi mai cari alat radas...punya lah concentrate sbb nak dpt produk..tapi last2 produk ntah ke mana..mmg agak tension la tadi..ngn pagi2 xmakan lagi..ngn sakit perut lagi... Tapi nasib bek bukan ngn Dr tapi ngn En Syah..lega rasa...
Ptg tu pula lab dgn Cik Mazlina yg sgt cumil n cantek itu. Lab ngn Cik ok je..wpun pnt tapi oklah sbb 2 jam je..lgpun klas Cik Mazlina x menstresskan kami seme..hehe. N ada satu peristiwa yg lucu td.. JAmil punya pasal la ni duk cakap aku ambil dia nye green solution padahal yg tu yellow solution aku. Dia asek2 cakap camtu sampai aku rasa sedey..ntohler..jadi sensitif sikit td...pastu mata tb2 berair..aku xnak mnangis..tp termenangis..haha..lucu lucu. Sory ek Jamil..aku xmarah pun..tp time td tu jd sensitif sikit..aku ok je..no hal =) mgkin berjangkit penyakit dr cMast yg sensitif itu kot...cmast tu kan rumate aku...da mcm pnykt berjangkit lak sensitif mitif ni..hehehehe

Urm..penat dowh balik td..tapi aku xleh nak tdo..brg sana brg sini tapi mata tak nak tdo.. tU yg asyik menulis ni..hehehe. Mlm ni nak kuar ngn mr revolusi..yeay yeay...tapi..mlm ni Nurkasih...arap2 ley tgk tv sambil makan mlm ni...org kata sambil menyelam minum air..hihi..
Oklah..sambung len kali lak....daa~~

Thursday, July 23, 2009

Hurm..macam2...

Huu..arini sebenarnya xde la busy sgt pun..tp tak tau nape rasa penat sgt..bila pnt..mula la rasa malas..bila malas..mulalah bergolek2 di atas katil..hihi..ayat sape kah itu??? =p
Hurm..stat pagi td wat flow chart utl lab organik esok..ngn Dr kartini..so kenalah siapkan diri awal2..huu..esok 4 sure abis lab lambat..huu..xsuka nya... Nape perlu Dr skema sgt..kalo En Syah kan best..masuk lab je trus wat eksperimen...xde sesi soal jawab pun..Sbb tu syg sma En syah tu..hahahaha..
Balik dr jumpa En Syah bru la dapat tau yg students kimia ni bakal di praktikum kan di Selangor.. Haaaa??? Selangor??? Biar betik..huhu..mulala aku rasa takut...satu takut sbb ye la kat Selangor kalo dpt kat bandar..taraf idup pun tggi..n students pun..hurm..no komen..tu yg agak takut tu..takut xdapat tahan physically n mentally... Then, En Syah gtau lam klas tdi..skul n partner kita kat sekolah pun da ditetapkan..guano gamok ni?? arap2 aku ngn member2 yg aku knal...bimbang seyhhh!!!
Huhu..dlm kul 11 lebey d tgh borak2 ngn En oRange tiba2 dengar org nangis..cuba teka sape nangis?? Mestila rumate ku..hii..(jnge maroh deh cmast)..=p Adala sebab nape..then aku cmast n laila pun gosip2 sikit..pada aku mmg tak patut la(bukan xptut cmast nangis, tapi adala satu kejadian ni) ..sbb kami seme da besar..xperlu lah sampai camtu..seme org tau tanggungjawab masing2 kan...tapi xpe lah..aku terima seme dgn ati yg terbuka wpun ada gak xpuas ati sikit2..hehe
Ptg td p makan kat Cupak..nak cuba rasa nasi goreng paprik n cmast makan nasi goreng pattani.. Ala..nasi grg paprik Cupak xbest..xmoh da makan len kali..tapi ns grg pattani dia best sbb byk sotong n udang....hihihi. Air lak spt biasa..limau ais..best ngt air kat Cupak =)
Then balik smyg td trus brg2 (patutla gmook!!) sampai la sekarang...Mlm ni tak tau la nak wat pe..rasa nak rest je sbb smlm da pulun organik..pulun la sgt..hihi. Rasa nak minum air nyiur susu je...nak.....best nye...nk kuar minum supper la mlm ni..hehehehe. Da nak kul 7 ni..mau mandi smyg pula...
Jumpa di kedian ari....chow...daaaa~~~

Saturday, July 18, 2009

dan sebenarnya....

Dan sebenarnya..aku suka lagu ni...=) dulu first2 dgr lagu ni..mcm2 aku komen..sape ni nyanyi lagu ntah hape2 ini? mmg xley dgr lagu ni..tapi finally aku da terjatuh cinta ngn lagu ini...sbbnya time oliday aritu slalu ngn layan radio..bila da slalu dgr..jatuh cinta pula....n lagu ni xde apa2 maksud pun..juz suka suara n music yuna yg sgt bersahaja...sempoi gitu...acecece..

"oh boolan....
enggan melayan diriku lagi
pabila air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah-olah memerli aku
pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
pura2 ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku"

Based on the yuna's in4o, this song is not about her but about her fren..if i not mistaken..her name is wani..alalala..cian wani...xpe2 gurl power! life must go on no matter wut happen~~daaa

fiNally...beRjayA

yeaY yeaY...akhiRnya berjaya mencreate blog sendiri...tenkiu ye cmast 4 da tunjuk ajar, arigato gozaimas =) pas ada blog ni 4 sure jrg buka fB n Fs...hihi..
Hurm..actuaLly, it's one of ma dream to hav ma own blog..acecece..y? a little bit secret...secret la sgt...hihi.
Ok..pasni insyaAllah jadi blogger part time..aish..how come? ye la..xley full time sbb busy gak ngn kije2 di siNi..laB repOt..penim den..huhu
Ok..jumpa di lain blog...('o-,)